BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Pages

Followers


Saturday, May 1, 2010

MOUrs RoCK!!! CoNgRAtE..



LONDON - Jose Mourinho dibanjiri khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada barisan pemain Chelsea selepas kejayaannya membimbing Inter Milan mara ke final Liga Juara-Juara.

Selepas meninggalkan Chelsea kira-kira tiga tahun lalu, jurulatih kelahiran Portugal itu tetap mempunyai satu ikatan yang rapat dengan pemain-pemain bintang Chelsea.

Disebabkan itu, Mourinho menerima ucapan tahniah daripada bekas pemain-pemainnya selepas kejayaan Inter menyingkirkan juara bertahan, Barcelona dalam saingan separuh akhir.

"Ketika saya membimbing Chelsea kami hampir-hampir untuk layak ke final Liga Juara-Juara sebanyak dua kali tetapi inilah bola sepak kerana pasti ada yang menang dan kalah.

"Kali ini bersama Inter, saya berjaya melakukannya dan secara jujurnya, saya dibanjiri ratusan SMS sejurus beberapa saat sebelum wisel penamat dibunyikan," jelas Mourinho yang membimbing Chelsea selama hampir tiga musim.

Dengan kejayaan tersebut, anak-anak buah Mourinho dijadual berdepan dengan Bayern Munich pada aksi final di Santiago Bernabeu pada 22 Mei depan.

"Bayern sebuah pasukan yang baik dengan dibimbing oleh jurulatih yang hebat.

"Kami menghormati mereka tetapi kami mahu memenangi gelaran juara. Saya tidak mahu pasukan saya terus dibuai mimpi berikutan kejayaan melangkah ke final," tambah Mourinho. - Agensi


Inilah yang dikatakan HuJan Batu DiNegera sendiri, HuJan SmS di NEgAra OrANG

0 comments: