BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Pages

Followers


Monday, May 3, 2010

TRIviA MeNaRIKsss... ASAL Usul



Berikut adalah senarai nama syarikat terkemuka dan bagaimana mereka boleh mendapat nama berkenaan. Anda tak perlu tahu pon pasal perkara ini, tapi jika anda tahu ia akan jadi satu ilmu yang berguna dan boleh berlagak dengan rakan-rakan hohoho..

1. Google – asalnya dari perkataan googol yang menyampaikan misi syarikat untuk menjadi sumber penyampai maklumat terulung di internet,tapi telah disalah eja jadilah google. Nasib baik salah eja kalau tak cam pelik je nama googol tu.

2. Adidas – diambil daripada nama founder mereka Adolf (Adi) Dassler

3. McDonald’s – diambil daripada nama keluarga Dick McDonald dan Mac McDonald yang merupakan orang pertama yang membuka restoran McDonald’s pada tahun 1940

4. Nike – diambil sempena nama Dewi Kejayaan Greek

5. Nintendo – maksud Nin-Ten ialah “Heaven blesses hard work” (aku tak pasti macam mana nak translate jadi BM =.=”) manakala do itu adalah nama common yang digunakan pada akhir nama kedai di Jepun.

6. Starbucks – diambil daripada nama watak Starbuck dalam novel Moby-Dick;

7. BMW – diambil daripada perkataan Bayerische Motoren Werke (Bavarian Motor Factories)

8. Yahoo! – diambil daripada Yet Another Hierarchical Officious Oracle. Yahoo pada mulanya digunakan dalam buku Gulliver’s Travel yang menggambarkan seorang yang tidak kelihatan dan berpewatakan seperti manusia lain. Pengasas yahoo David Filo dan Jerry Yang pilih nama tu sebab mereka menganggap mereka adalah golongan yahoo

9. Xerox – berasal daripada perkataan Greek yang bermaksud kering.

10. HP – pengasas syarikat ini Bill Hewlett dan Dave Packard main lambung syiling nak tentukan sama ada syarikat baru mereka bernama Hewlett-Packard atau Packard-Hewlet.

0 comments: